Effective date: 16 October 2026
Megat Iqbal & Co. is responsible for personal data it handles in connection with enquiries to the firm. This notice explains how we handle personal data received through this website and the contact channels listed on it. Additional notices or engagement terms may apply to a client matter.
We may receive your name, email address, telephone number, organisation, correspondence and information you choose to provide about your enquiry. We receive this information from you or a person authorised to contact us on your behalf. Please provide only information needed for the initial enquiry.
We use relevant information to respond to enquiries, assess whether we can act, carry out conflict checks, arrange communications, administer an agreed engagement and meet applicable legal or professional obligations. We do not treat a website enquiry as authority to start legal work.
Information may be handled by authorised firm personnel and service providers supporting our website, email, information technology and records. Where necessary and lawful, information may also be disclosed to professional advisers, courts, regulators or other persons involved in an agreed matter. Confidential information is handled subject to the firm’s professional obligations.
This website uses Google Sites. Email sent to our published Gmail address is processed through Google’s email services. Those services may process technical information and use cookies under their own notices. Their data processing may involve locations outside Malaysia. Any transfer by the firm must meet applicable data protection requirements.
An initial enquiry is voluntary. Your name, a usable contact method and sufficient information about the enquiry are needed for us to respond or assess whether we can assist. Without necessary information, we may be unable to do so. Please ask before sending sensitive information or documents about another person.
You may contact us to request access to or correction of personal data, ask about its use, raise a complaint, or request limits on processing or withdrawal of consent where applicable. Requests are subject to applicable law and professional obligations; a requested restriction may affect our ability to respond or act.
We retain information for the purposes described above and for applicable legal and professional recordkeeping requirements. We use appropriate measures to protect it, while recognising that internet communications cannot be guaranteed secure.
Privacy enquiries: Megat Syazlee bin Mokhtarom, Megat Iqbal & Co., No. 16-A, 1st Floor, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Email: office@megatiqbalco.com. Telephone: +60 3-4162 8131.
Tarikh kuat kuasa: 16 Oktober 2026
Megat Iqbal & Co. bertanggungjawab terhadap data peribadi yang dikendalikannya berhubung pertanyaan kepada firma. Notis ini menerangkan cara kami mengendalikan data peribadi yang diterima melalui laman web ini dan saluran hubungan yang dinyatakan. Notis tambahan atau terma pelantikan mungkin terpakai bagi sesuatu urusan klien.
Kami mungkin menerima nama, alamat e-mel, nombor telefon, organisasi, surat-menyurat dan maklumat yang anda pilih untuk berikan tentang pertanyaan anda. Maklumat diterima daripada anda atau orang yang diberi kuasa untuk menghubungi kami bagi pihak anda. Sila berikan hanya maklumat yang diperlukan untuk pertanyaan awal.
Kami menggunakan maklumat berkaitan untuk menjawab pertanyaan, menilai sama ada kami boleh bertindak, menjalankan semakan konflik kepentingan, mengatur komunikasi, mentadbir pelantikan yang dipersetujui serta memenuhi kewajipan undang-undang atau profesional. Pertanyaan melalui laman web tidak dianggap sebagai kebenaran untuk memulakan kerja guaman.
Maklumat mungkin dikendalikan oleh kakitangan firma yang dibenarkan dan penyedia perkhidmatan laman web, e-mel, teknologi maklumat serta rekod kami. Jika perlu dan dibenarkan undang-undang, maklumat juga mungkin didedahkan kepada penasihat profesional, mahkamah, pihak pengawal selia atau orang lain yang terlibat dalam urusan yang dipersetujui. Maklumat sulit dikendalikan tertakluk kepada kewajipan profesional firma.
Laman web ini menggunakan Google Sites. E-mel yang dihantar ke alamat Gmail kami diproses melalui perkhidmatan e-mel Google. Perkhidmatan tersebut mungkin memproses maklumat teknikal dan menggunakan kuki menurut notis mereka sendiri. Pemprosesan data mungkin melibatkan lokasi di luar Malaysia. Sebarang pemindahan oleh firma mesti mematuhi keperluan perlindungan data yang terpakai.
Pertanyaan awal adalah secara sukarela. Nama, cara untuk menghubungi anda dan maklumat yang mencukupi diperlukan untuk kami menjawab atau menilai sama ada kami boleh membantu. Tanpa maklumat yang diperlukan, kami mungkin tidak dapat berbuat demikian. Sila dapatkan panduan sebelum menghantar maklumat sensitif atau dokumen tentang orang lain.
Anda boleh menghubungi kami untuk memohon akses kepada atau pembetulan data peribadi, bertanya tentang penggunaannya, membuat aduan, atau memohon had pemprosesan atau penarikan balik persetujuan jika berkenaan. Permohonan tertakluk kepada undang-undang dan kewajipan profesional. Sekatan yang dimohon mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk menjawab atau bertindak.
Kami menyimpan maklumat bagi tujuan di atas serta keperluan penyimpanan rekod di sisi undang-undang dan profesional. Kami menggunakan langkah yang sesuai untuk melindunginya, namun keselamatan komunikasi internet tidak dapat dijamin.
Pertanyaan privasi: Megat Syazlee bin Mokhtarom, Megat Iqbal & Co., No. 16-A, Tingkat 1, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. E-mel: office@megatiqbalco.com. Telefon: +60 3-4162 8131.